FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
MASIH TERSIMPANKAH SISA RINDUMU?
Mengapa begitu erat sekali tali rasa yang mengikat?
Sarat dadaku bila senyummu hadir menghambat
Lantas menggema tanya di dalam relung qalbi
Masihkah tersimpan sisa rindumu untuk diri ini?
Merinding roma tika fikiran kembali mengimbas
Saat-saat indah dahulu waktu kita berterbangan bebas
Berdua bersama tekun menenun sapta warna bianglala
Sambil disinari sumringah senyumnya bebola baskara
Walaupun selepas itu elang ini memilih untuk beredar
Kerana impi puncak menara gading yang kamu kejar
Tapi bila di hati telah terpahat aroma voilces dan bau burahol
Langsung sirna pesona hexanol dan wanginya ethanol
Di dahan inilah elang ini datang bertengger saban hari
Nun ke sempadan samudera netranya tajam memerhati
Walaupun kuat hati memberontak untuk ke seberang benua
Tidakkan mampu dia terbang kalau tanpa izin daripadaNya
Akan tetaplah di sini Sang Elang ini menunggumu
Meskipun kuat dihentam ribut atau dibekukan salju
Terus bersabar menunggu titah dari Yang Maha Tinggi
Kerana dengan perintahNya pasti samudera luas boleh direntasi
Nukilan: Si Takluk Jagat
16 Februari 2019
No comments:
Post a Comment