Menu

Thursday, 28 February 2019

#STJ2019_051 - UJIAN KITA (Puisi Untuk Dihati Abadi Terpatri)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
Image may contain: one or more people and text

UJIAN KITA

(Puisi Untuk Dihati Abadi Terpatri)


Lihatlah semuanya dari sebalik tabir ilmiah
Tanpa izinNya tidak akan bergerak walau sebutir zarah
Samada ianya semata-mata satu ujian
Ataupun kafarah atas dosa yang keterlanjuran

Bersangka baiklah dengan ketetapanNya
Semoga selalu redha dengan ketentuanNya
Meskipun Nabi Adam hingga dikerah turun ke bumi 
Yakinlah ... semuanya itu kehendak Yang Hakiki

Nabi Yunus ditelan ikan besar
Nabi Ibrahim tidak terbakar dalam api yang berkobar
Diuji pula dengan arahan menyembelih anaknya
Bukankah segalanya telah tertulis dalam taqdirNya?

Apatah lagi ujian yang dihadapi junjungan kita
Sanggupkah kalau kita berada di tempat baginda?
Tabahnya hati baginda menahan segala ujian
Tetap redha hati dengan berbungkuskan iman

Bersabarlah saudaraku Dihati Abadi Terpatri
Moga dikuatkan semangat dan dicekalkan hati 
Berpeganglah bahawa yang baik dan yang buruk itu semua datang dariNya
InsyaAllah, kelak berlalu mendung dan akan memancar kembali cahaya

Nukilan: Si Takluk Jagat
26 Februari 2019


No comments:

Post a Comment