FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
RENUNGAN UKHTY
Ukhty ...
Aku tertanya-tanya
Apa yang sedang bermain di fikiran?
Terlihat begitu jauh tatap netra itu ke hadapan
Ukhty ...
Renungan itu penuh rahsia
Dan meski raut wajah itu terlihat tenang
Jelas terdengar detak jantungmu yang sedang berdegup kencang
Selakkanlah tsiqab yang menghijabi muka
Biar dapat ku lihat bibir itu mengulas tawa
Ke mari ... mendekatlah padaku
Bisikkan ke telingaku bahawa kamu juga merindu
Aroma cinta mulai terbau wangi
Aura pesona kuat meniup ke hati
Di sebalik busana yang kemas menutup aurat
Aku terlihat gigil jemarimu bergetar kuat
Ukhty ...
Janganlah kamu bimbang
Kelana ini tiada berniat sumbang
Sekadar singgah untuk merehatkan diri
Dan sekadar menghayati akan wangi baunya melati
Nukilan: Si Takluk Jagat
27 Februari 2019
No comments:
Post a Comment