FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
ADIK BERTUDUNG BIRU
Dik ..
Bolehkah aku tumpang bertanya?
Adik yang cantik siapakah namanya?
Dik ...
Sekarang aku tahu mengapa begitu pahit kopi pagiku
Tawar jadinya gula kerana manisnya sudah diambil kamu
Adik ...
Pinjamkan aku tudung birumu
Ingin aku selempangkan di atas bahuku
Dan aku akan merasa seperti sentiasa berdekatan kamu
Adik ...
Biar aku puisikan indah wajahmu
Dan aku potretkan sayu matamu
Agar jadi penawar di kala rindu
Dik oh dik ...
Tunjukkan aku di mana rumahmu
Sore nanti aku mahu datang bertamu
Biarku bertemu dengan ayah dan ibu
Sahabat ...
Siapa yang tahu adik dipostinganku itu?
Kalau kenal tolong bilang pada aku
Jangan tanya siapa dia, kerana aku sendiri pun tidak tahu
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Nukilan: Si Takluk Jagat
02 Mac 2019
No comments:
Post a Comment