Menu

Wednesday, 6 March 2019

STJ SHARE - TUAH DAN TEJA

STJ SHARE - TUAH DAN TEJA

Image may contain: 1 person
J A N J I  T E J A (1)


Anak Bendahara Seri Buana terlalu sekali baik rupanya.Tun Teja namanya.Beberapa anak raja raja dtg meminang puteri itu tiada diberi oleh Bendahara dan bondanya,krn tiada suka bersuami.Rupanya terlalu amat elok spt bulan purnama empat belas hari bulan,gilang gemilang,kilau kilauan,tiada dpt ditentangnya.
(Hikayat Hang Tuah:1991:111)

Sultan Melaka;
"Barangsiapa membawa Tun Teja itu,apa yg dikehendakinya kita anugerahi akan dia,umpamanya,jikalau ia hendak sekerat kerajaan kita sekalipun kita anugerahi akan dia,dan jikalau dosanya patut dibunuh,tiada kita bunuh akan dia."
(Sejarah Melayu;226).

Megat,
Adinda akur,segala budi disanjung
Megat,
Adinda maklum,segala kasih dijunjung
Megat,
Adinda pohon,segala kesilapan diampun
Megat,
Sebagai tunangan,tersimpan kasih di sudut hati
Terjerat budi diperlosok jiwa
Janji Teja kpd Megat
Kasih Teja kasih saudara
Lebih agung lebih mulia
Teja tlh diguna guna
Oleh Tuah yg bijaksana
Permainan sama Dang Ratna
Megat,
Adinda tahu,pulanglah pd alam
Bahawa Teja bkn lagi milik Megat
Teja milik Raja Melaka Yg Tua
Permainan Hang Tuah menderhaka
Janji Teja membawa Melaka ke Inderapura
Walau Megat tk bersama tk bersama kita
Melaka harus berhuru hara
Krn Teja,janji Teja
Megat,
Biarlah kita tk bersua sampai bila bila
Krn Tuah,taat setia kpd Raja
Demi membalas jasa krn mulut binasa
Tunggu Teja di muka kuala
Teja tetap berada
Disisi Megat kekanda.

No comments:

Post a Comment