FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
MISTERI MIMPI SAKURA
Sakura ...
Merahmu mendamaikan netra
Lembutmu menyentuh rasa
Kembangmu menyerikan mimpi
Dan aromamu telah terpahat di hati
Tiada lagi yang lebih indah selain melihat mekar kuntummu
Apa lagi yang lebih tenang selain menghidu wangi kelopakmu
Bersama denganmu serasa berada di syurga dunia
Berdua denganmu terasa tidak berjejak di mayapada
Kecantikanmu anugerah dari Sang Illahi Rabbi
Kelembutanmu titipan pesona bidadari syurgawi
Tapi mengapa kembangmu cuma sementara?
Umpama mimpi indah yang bertandang di malam gelita
Namun tidak mengapa ... walau hadirmu seketika
Kerana memang begitulah hakikat permainannya dunia
Fana' ... semu ... sementara sifatnya
Kerana tiada yang kekal selamanya selain Dia
Moga harummu akan senantiasa tersemat di kamar hati
Dan merahmu akan selalu mewarnai relung-relung mimpi
Aku memohon supaya memori indah ini tetap abadi dalam kenangan
Dan aku tetap setia menunggu kembangmu lagi di tahun mendatang
... biar aku boleh kembali menikmati indahnya petang di bawah pohonmu nan rendang
Nukilan: Si Takluk Jagat
03 Mac 2019
— with Shida.
No comments:
Post a Comment