FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
BARZAKH (3) DERITA JASAD
Dalam ruang sempit yang gelap, lembab dan kusam
Mengiring jasad .. terbaring kaku keseorangan ...
Ular-ular hitam berbisa, ganas memagut dan mengoyak kelopak retina
Teranjak kepala jenazah bila taringnya merenggut kasar bebola mata
Membongkar keluar lalu dengan rakus menelan kedua-duanya
Cacing-cacing sama sibuk, pantas menjalar masuk ke rongga netra yang ternganga
Berselera menghancurkan dedaging segar yang memerah terbuka
Timbul kesal di hati
Mengapa dahulu pandanganku tidak aku jagai?
Kala menyepit setiap inci tubuh yang terbaring kaku
Menyuntikkan bisanya ke dalam lapisan kulit hingga lebam membiru
Begitu siksa terlihat jasad tanpa nyawa itu terlantar sendiri
Namun mahu menghalang atau menangkis sudah tiada berupaya lagi
Di bahagian perut ...
Kini dipenuhi ribuan ulat-ulat berengga yang menggeliang geliut
Tanpa henti mencungkil dan melahap segala isinya
Itulah tempat yang dahulunya seperti bejana
Dimasuki pelbagai makanan yang tidak diambil kira halal haramnya
"MAA RABBUKAA" teriak sang malaikat ... menggema, gempita
Rasa tercabut isi hati ... seperti tertanggal kulit dan isi
... maka terbukti benarlah segala kalam dan firman Illahi
Nukilan: Si Takluk Jagat
06 Mac 2019
No comments:
Post a Comment