Menu

Sunday, 24 March 2019

#STJ2019_080 - TAFAKUR DI ATAS SEJADAH BALDU (Kolaborasi Bersama Ganesha Ziecorzcky Kanwa)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Ganesha Ziecorzcky Kanwa

Image may contain: 1 person, smiling, text

TAFAKUR DI ATAS SEJADAH BALDU




Walaupun aku nampak bahagia dengan bibir mengulas tawa

Tapi babak-babak derita cuma diri ini yang mengetahuinya
Meskipun ketik kamera dapat merakamkan senyuman termanis
Namun kaca lensa tidak mungkin bisa melihat hatiku yang sedang menangis

Dunia yang indah ini hanyalah persinggahan sementara
Umpamanya seperti dermaga tempat berlabuhnya sebuah bahtera
Kelak tiba waktunya nanti pelayaran pasti akan disambung kembali
Dalam kembara menuju suatu destinasi yang lebih kekal dan abadi

Pernahkah kita memperhalusi dari sudut rekayasa ilmihi
Atas tujuan apakah kita dihidupkan di atas muka bumi ini?
Adakah sekadar melengkapkan watak untuk membuktikan eksistensi
Atau pun bahagian dari satu rahsia besar yang kita sendiri pun tidak mahu ambil peduli

Di atas sejadah baldu itulah tempat aku bersimpuh dan bersujud
Berbisik dan mengadu pada Kekasihku tika aku khusyu' bertahajjud
Menggeletar tubuh srikandi ini bila terdengar bisikan halus di telingaku
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu"

Moga esok akan ada lagi sinar sang suria pagi
Kerana malam ini aku cuma mahu lena dan bermimpi
Mimpi tentang Jannah 
Mimpi tentang Allah

Nukilan: Si Takluk Jagat
22 Mac 2019

No comments:

Post a Comment