Menu

Friday, 29 March 2019

#STJ2019_082 - RINDU DI PENGHUJUNG MALAM

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: flower, text and nature

RINDU DI PENGHUJUNG MALAM



Mengapa tatap mata itu datang lagi
Dan kenapa hilai tawa itu kembali hadir
Pedihnya ... jika datangnya untuk menoreh semula luka yang sedang menyembuh
Teganya ... kalau hadirnya untuk menimba telaga netra seawal beningnya Subuh

Sayup laungan Azan itu tiba-tiba terdengar begitu pilu
Redup suara muadzin itu serasa menyayat urat-urat jantungku
Walaupun begitu indahnya seruan puja-puji pada Sang Maha Pencipta
Tapi gejolak pesona rasa ini kemanakah harus aku menuangkannya?

Bait demi baitnya terlalu menyentuh hati
Indah madah aksaranya mengejutkan insan yang lena diulit mimpi
Tetapi pagi ini alunannya bukan cuma sekadar menyentuh dan menjarah
Sayu iramanya membuatkan rasa rindu ini seperti dibelah dan dilapah

Jahatnya kenangan lama yang langsung tidak mahu mengasihani
Terusan menyelak gentayangan lembaran silam yang datang silih berganti
Ampunkan aku Ya Allah ... ampunkanlah hambamu 
Tidak mampu khusyu' sujudku dalam rindu dendamku yang menggaru

Cepatlah mentari ... bersegeralah munculmu
Tidak sabar lagi aku mahu melihat kembangnya sakuraku
Telah gugurkah kelopaknya yang kelmarin indah bermekaran?
Atau masih semerbakkah baunya menggamit rama-rama datang berterbangan?

Nukilan: Si Takluk Jagat
25 Mac 2019


No comments:

Post a Comment