FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
SALAM ISRA' MIKRAJ 1440 HIJRIAH
Alkisah ... bagai yang tersirat di Lauhul Mahfudz
Tentang perjalanan agung insan yang terpilih
Dalam kembara roh dan jasad Rasul Yang Terpuji
Bukannya imaji atau mimpi, tapi catatan realiti
Isra' bermula dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Mengenderai Buraq bersama Jibrail yang menemaninya
Lalu diangkat pula Mi'raj ke Sidratul Muntaha
Lantas ke Arasy bertemu Sang Kekasih Hatinya
Untuk pembuktian tanda-tanda kekuasaan Sang Khaliq
Secara 'Ainul Yaqin melihat alam malaikat dan alam ghaib
Langsung menerima perintah Solat ketika di Mustawa
Di sana ditunjukkan juga akan Dia syurga dan neraka
Kurnia itu sebagai penghormatan kepada Rasulullah (saw)
Caranya Allah swt mengubati kesedihan puteranya Abdullah
Kerana wafat pamannya Abu Thalib dan isterinya Saidatina Khadijah
Dan rentetan dari penolakan dakwah oleh Bani Thoif di Mekah
Isra' dan Mikraj bukan hanya semata-mata sebuah perjalanan
Tetapi sebesar-besar mukjizat Maknawi yang telah dianugerahkan
Ayuhlah sahabat ... mari kita selami dan kita renungi
Akan nikmat Tuhan kita yang mana lagikah mahu kita dustai?
Nukilan: Si Takluk Jagat
03 Aprl 2019 (27 Rajab 1440)
No comments:
Post a Comment