Menu

Monday, 29 April 2019

#STJ2019_108 - SETIA REMBULAN

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: text

SETIA REMBULAN



Tersenyum menjengah dari sebalik Gunung Angsa
Menyerlah indah menyajikan semangkuk warna tembaga 
Menghidangkan suatu fenomena alam semulajadi
Pembuktian kebesaran Sang Penguasa Alam yang hakiki

Merangkak perlahan memanjat layar besar mayapada
Memancar seri bawa cahaya dan membawa pesona
Menyinari hamparan pekat malam yang kelam
Membias sinar di lubuk hitam yang bungkam

Purnama ...
Telah jutaan tahun kamu begitu
Tetap setia mengitari bumi saban waktu
Cuma memerhati segala bentuk kejadian yang berlaku di laluannya
Tanpa pernah ada rungutan tiada sebarang luah suara

Sendirian bergantungan di luas angkasa
Tiada berteman tiada juga bersaudara
Tidak pernah mahu tahu siapa itu sang matahari
Yang senantiasa meminjamkan cahayanya buat membiaskan seri

... "Walqamara qaddar naa huma naa zila hattaa 'aa dakal 'urju nil qadimmm" Yasin 36:39
"Dan bulan pula Kami taqdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan seperti kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering ..."

... rembulan ... setiamu ku kagumi

Nukilan: Si Takluk Jagat
28 April 2019

No comments:

Post a Comment