Menu

Monday, 29 July 2019

STJ2019_124 - TIDURLAH MATA JANGAN MERINDUI BULAN YANG BERSEMI

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: ocean, sky, outdoor and water

TIDURLAH MATA JANGAN MERINDUI BULAN YANG BERSEMI


Perlahan-lahan gebar malam melitupi tiap inci ruang cahaya
Memeluk segala isi dunia di dalam dakapannya yang semata hanya gelita
Sirna keindahan dan tiada lagi halwa mata yang berwarna-warni
Hanya berbaki sedikit kerdipan nun jauh di angkasa tinggi

Beradulah mentari sehingga terbit fajar pagi
Tiba giliran rembulan pula untuk menyinari jagatraya ini
Kelam bungkam bagaikan tiada lagi jiwa bernyawa
Yang kedengaran hanyalah nyanyian pilu si riang-riang rimba

Mengapa mata ini belum lagi mahu beradu
Saat begini rasa hati ini kian tak menentu
Rehatlah mata jangan merenungi rembulan yang bersemi
Tenanglah hati, perkara lepas jangan terus dikenangi

Cukuplah kisah dahulu kita simpan sebagai kenangan
Untuk kita jadikan pengajaran dan juga pedoman
Buat menggapai masa hadapan yang lebih bermakna
Dalam menempuh perjalanan hidup yang penuh pancaroba

Datanglah setinggi mana pun gelombang
Tetap bertahan biduk tidakkan karam
Membadailah sekuat mana pun ribut
Lanchang kan tetap ampuh membelah laut

Nukilan: Si Takluk Jagat
07 Jun 2019

No comments:

Post a Comment