FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
SAPA SALAM DARI SANG DEWI
Terdengar bisik salam dari alam sebelah sana
Perlahan ... tapi jelas menerpa gegendang telinga
Tertib beradab ... sapaan ikhlas yang datang dari hati
Menerawang sama semerbak aroma sewangi kasturi
"... Salam untukmu wahai Sang Arjuna
Moga senantiasa dinaungi payung Rahman dan RahimNya
Bukan niatku menghalang kamu yang sedang berperjalanan
Hasrat hati hanya untuk berkenalan ... cuma ingin berteman
Dari toreh aksara ... dari tajam pahat kekata
Aku melihat sengsara ... aku juga terhidu derita
Namun masih gagah langkahmu tidak rebah
Tetap istiqamah hadharahmu tak goyah
Sungguh penasaran aku ingin mengetahui
Sejernih manakah wajahmu sang kelana misteri
Biar aku ukur sedalam mana lubuk rindumu
Dan setinggi mana pula julang kasihmu ..."
Wahai jiwa yang tiada berjasad ... wahai sosok yang tidak terlihat
Sejahtera jua buat kamu selagi kakimu berpijak di jalan hakikat
Salam kenal, gelarku Si Takluk Jagat ... aku hanya seorang pengembara
Tidak perlu kamu menunjuk rupa ... kerana aku juga bertopeng muka
Nukilan: Si Takluk Jagat
16 Jun 2019
No comments:
Post a Comment