FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
EPIK KEMBARANYA RUH
Faqirnya kita sahabat, sewaktu di alam ruh
Tiada qudrat tiada upaya dan tiada bertubuh
Ketika itu hanya ada kita hanya ada Sang Pencipta
Tiada wujud yang lainnya selain wujud Kita
Di sanalah alam persinggahan pertama
Sebelum ditumpangkan ke dalam rahim ibunda
Lalu dilahirkan dengan jasad ke dunia ini
Dunia yang fana tapi dzahirnya tampak berwarna-warni
Tapi mengapa kita lupa setelah diberikan kehidupan di dunia
Mengapa kita alpa dengan nikmat yang hanya sementara
Jahatnya jasad ini yang telah menghijab nur Illahi
Munafiqnya ruh ini yang telah memungkiri segala janji
Keluarlah dari lupa wahai sahabat, masuklah kepada ingat
Masih belum terlambat untuk kita membulatkan tekad
Ratibkan segalanya biar ketemu semula permata yang hilang
Dari roma di luar hingga sum-sum di dalam tulang
Tuliskan kembali kalimah suci itu di dalam hati
Lorekkan dengan tinta emas biar kekal lekat di sanubari
Semoga dapat menyinari semula perjalanan hidup kita
Dari dunia ini hingga ke akhirat sana
"Sesungguhnya aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah"
Nukilan: Si Takluk Jagat
11 Jun 2019
No comments:
Post a Comment