Menu

Monday, 29 July 2019

STJ2019_136 - ANJAKAN PARADIGMA

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: sky, text and outdoor

ANJAKAN PARADIGMA



Rona senja itu semakin hari terlihat semakin indah
Ataukah kerana di hatiku sedang bermekaran kudup-kudup sakura
Bukan hanya jingganya sahaja nampak lebih berkilauan
Tapi warna tembaganya kini mirip kepada merah biru lazuardi

Sesungguhnya terlalu tipis pembatas antara remang senja dan kelam malam
Sepertimana singkatnya waktu antara fajar Saddiq dan arunika pagi
Anjakan paradigma ini semakin jelas dan semakin berkembang
Meniupkan rasa rindu yang marak sekali nyalanya

Setinggi manakah lidah api ini akan menjulang
Dan sebesar manakah harus ku sediakan kayu untuk dia terus menyala
Dapatkah aku menahan bakarnya yang kuat membahang
Kerana aku masih lagi mahu menulis puisi-puisi tentang cinta

Purnama …
Tersenyumlah dalam kebahagiaan yang tiada berpenghujung
Agar dapat aku kaitkan aksara-aksara bisu
Kerana rasa ini memang tiada perlukan kata-kata
Cukup dengan memejamkan mata dan merasakan bagaimana getar rindu itu mengalir di urat nadi

Malam …
Tetaplah kelam tetaplah bungkam
Agar aku dapat mengamati indahnya si kunang-kunang
Walau tanpa nada dan tanpa suara
Tapi dengan memandang kerdip cahayanya sudah cukup untuk melupakan segala yang lain

Nukilan: Si Takluk Jagat
24 Jun 2019

No comments:

Post a Comment