FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
GADIS SENJA
Dia selalu di situ
Menatap senja saatnya temaram
Dia akan setia di situ
Menunggu sehingga jingga bertukar menjadi hitam
Dialah gadis senja
Dan dia juga seorang pujangga
Baginya tiada lain yang lebih berarti
Selain indahnya warna tembaga di penghujungnya hari
Dia selalu di situ
Berseorangan tanpa ada yang menemani
Dia akan setia di situ
Memaku matanya sehingga mentari menghilang diri
Dia menghayatinya
Dan dia juga mengarang puisi
Aksara-aksara tentang indahnya senja
Setiap baitnya dirangkaikan dengan kalungan hati
Dia selalu di situ
Di sana dia temui cinta sejati
Dia akan setia di situ
Kerana dia percaya segala taqdirnya sudah pun tertulis
Nukilan: Si Takluk Jagat
24 Jun 2019
No comments:
Post a Comment