FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
RINDU PENGAGUM RAHSIA
Sayu terdengar pungguk memuji keindahan purnama
Hiba mendayu meledak gema ke ceruk belantara
Menginsafi diri yang sekadar menjadi pengagum rahsia
Tetap bertahan demi rindu yang hangat membara
🎶 Siapalah aku untuk berani bertentang muka
Cukuplah walau sekadar menjadi pemuja rahsia
Di waktu siang aku bersujud hingga dahiku searas bumi
Malamnya menyanyi dan merayu di bahagian yang paling sunyi 🎶
🎶 Biarlah hanya kidungku bergema membelah angkasa
Sedangkan wajah kusembunyikan di balik daun belantara
Biarlah cuma nyanyianku yang terdengar melangit tinggi
Kerana tidak akan berdosa sekiranya aku sekadar memuji dan mengagumi 🎶
🎶 Duhai Kamu ... sorotlah pandangmu di celah daunan di dahan paling tinggi
Kerana di sana pengagummu ini setia menunggu dan menanti
Igallah seri pelepah cahayamu di tiap ambang malam ke lima belas
Buat mereda rindu hatiku yang senantiasa membadai ganas 🎶
Malam semakin dingin tanpa memperdulikan pungguk yang berterusan merayu
Dan rembulan bertambah condong ke sisi menguntiti pagi yang bakal bertamu
Pungguk ... rindunya tidak akan pernah bertepi
Rembulan ... tetap kan selalu bercahaya menyinari bumi
Tidak mengapa pungguk ... rindumu itu datangnya dari Sang Pencipta
Dan taatnya kamu itu pula purnama ... sesungguhnya taat pada Sang Penguasa
... esok pungguk pasti akan menyanyi lagi meskipun nyanyiannya sedikitpun takkan mengganggu rembulan yang terus setia mengorbit bumi
Nukilan: Si Takluk Jagat
27 Jun 2019
No comments:
Post a Comment