FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
(Balasan Puisi Erminarahayu)
GEMBALA
Gaun beludru berwarna ungu
Saksi merdunya serulingmu
Sungguh,, bagai buluh perindu
Merebakkan simfoni nan syahdu diantara pohon-pohon randu
Tempatmu berteduh
Desir angin yang hendak berlalu
Seksama terpaku...
Hingga lupa...
Tuk menggugurkan dedaun yang layu
Gembala...
Bolehkah kupinjam nadamu sebentar
Untuk memanggil sang pengembara datang
Seteguk air akan ku upahkan
Penghilang dahaga yang kau rasakan.
Kebumen,30 Juni 2019
--------•••πππ•••--------
SAPA SALAM DARI SI PUTIH
(Balasan Puisi Erminarahayu)
Salam kenal wahai ER Pujangga ...
Putih adalah gelarku
Sebagaimana gelarku, seputih itu juga warna buluku
Si Takluk Jagat nama tuanku
Sebagaimana namanya ... ya udah, tanya aja dia sendiri kalau kamu penasaran mau tahu !!! ππ
Merdunya kidung puisimu wahai pujangga
Berdiri roma putihku tatkala mendengarkan
Diiringi pula simfoni seruling sang penggembala
Usahkan angin ... serasa bumi juga seakan berhenti berputaran
Tiada perlu meminjam nada dari si anak gembala
Sesungguhnya aksaramu itu sudah memiliki rohnya sendiri
Dan tidak perlu menghidangkan air pada pengembara yang dahaga
Kerana nyawa syairmu sudah cukup untuk menghilangkan hausnya bumi
Tahukah kamu wahai pujangga
Betapa tuanku sering memuji-muji
Kerana di sela-sela aksaramu ditemuinya ubat jiwa
Dan di tiap bait-bait katamu diperolehinya ketenangan diri
Teruslah menulis puisi wahai pujangga, teruslah memahat kekata
Tarikan lagi pena dan tinta, sabdakan lagi firman dan fatwa
Kalau tentang diksi, tuanku memang senantiasa ternanti-nanti
Kerana ratibnya tuan hanyalah aksara dan mimpinya tuan hanyalah puisi
Nukilan: Si Takluk Jagat
01 Julai 2019
No comments:
Post a Comment