FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
KEMBARA CINTA SI KELANA
Llihatlah lelaki di sana
Apakah yang terdetik di hati?
Dia hanya seorang pengembara biasa
Di daun dan pepasir dia menulis puisi
Dengarkan bibirnya menyebut aksara
Tika mengerbang rambutnya di tiup bayu petang
Itu luahan hatinyakah atau cuma ketik kekata
Dia memuji alam, langit dan juga gemintang
Dia tidak pernah mengadu
Bahagia atau derita hanya pada syair dituangkan
Tapi bila kamu renung sayu tatapnya itu
Pasti akan terlihat sebesar manakah rindu yang sedang disembunyikan
Hulurkan tanganmu dan rasa degup jantungnya
Kelak akan kamu ketahui sekuat mana di dadanya meronta
Dari manakah datangnya rasa rindu sehebat itu
Tanyalah padaNya, hanya Dia yang Maha Tahu
Bacalah syair-syairnya
Benarkah torehannya itu atau cuma coret kekata
Dalam puisinya dia mengimpikan puteri
Yang pernah menghiasi hatinya tapi kemudiannya di ambil pergi
Kini kembara dia sendiri
Entah ke mana hala tujuan
Malam berpandukan bintang dan siangnya menyusur matahari
Kerana meyakini di Lauhul Mahfudz taqdirnya telah ditetapkan
... semoga sejahtera kamu wahai kelana, dalam kembara menelusuri Cinta
Nukilan: Si Takluk Jagat
03 Julai 2019
No comments:
Post a Comment