FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
BONDANG, BONDAR, LINTAH DAN LANGSIR
Sopui angin meluru masuk menerobuih menampar tudung
Berkibeh maleh langsir lamo dokek ujung serambi pundung
Tonang 'e hati menyandar an badan kek banir yang robah
Sambil mato memerati cantik 'e pemandangan di tongah sawah
Lawa 'e pulak ai warno ijau mo kuning bercampur aduk
Kono boto pulak kaler coklat tu jadi warno batang pokok
Tersaji dopan muko rolung sawah yang lueh terbontang
Tak terlawan pemandangan 'e bandar kok nak di banding an dengan bondar dan bondang
Tentoram dan damai bona ghaso 'e fikiran
Jahat 'e lak ai bayu sawah tu menghombuih longan
Nyaman 'e sampai berdiri abih bulu-bulu ghomo
Ghaso mcm kono bolit ular yo longan ese ni kok mengkhayal an sambil tutup mato
Lintah ... godang 'e pulak melentok-lentok dokek dalam air
Ghamai yang goli geloman kok nengok menatang tu sampai menjueh an bibir
Tapi kok tonang an diri dan tengok dio dari sudut pandang soni
Maso dio melontik tu nampak bapak cantik 'e bolang batik-batik tu berwarno-warni
Hijau bondang, berbatik lintah dan meghimbun padi
Tonang pandang, kusam tanah dan miang 'e keladi
Totap laie berkibeh langsir lamo tu ditiup angin yang datang
Dan terlolap juo sudah 'e mato ese dek ghodup 'e cuaco kek bawah pokok ketapang
Nukilan: Si Takluk Jagat
03 Ogos 2019
No comments:
Post a Comment