FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
SERAPAH PENAMBAT RINDU
Bila hela nafas seirama dengan denyut nadi
Dan ratib di bibir senada dengan hayun langkah kaki
Lantas bertiup semilir menyiulkan rima-rima mendayu
Kicau mergastua terdengar mengalunkan kidung syahdu
Di kala begini jemari jiwa menari memetik tangsi harpa
Perlahan tapi nyata mulai mendendangkan irama cinta
Senandung merdu berlirikkan indahnya bait-bait puisi
Mengejutkan rindu yang lena beradu di sela hati
Mekarlah kudup rindu agar serinya mewarnai qalbi
Tebarkan wangi aromamu biar jadi lebur jasadnya diri
Hiasilah sanggulnya Puteri dengan kalungan-kalungan bunga
Dan kalungkanlah di leher kelana ini juga untaian bunga yang serupa
Asyiknya rasa yang sedang dibadai asmara
Langkah pencak bertukar jadi tari yang mempesona
Hadir hamba menghulurkan tangan wahai Sang Puteri
Sudilah kiranya menemani hamba mencemar duli
Wahai kamu si bolang berdarah biru
Ayuh hamba ajarkan serapah penambat rindu
Itu pun kalau sudah bulat tekadmu untuk tidak lagi menoleh ke belakang
Kerana hanya maut yang dapat memisahkan andainya azimat sudah tertanam
Nukilan: Si Takluk Jagat
30 Julai 2019
No comments:
Post a Comment