FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI
Memang sifatku
Terlalu mudah percaya
Hinggakan aku pernah berbuat silap dahulu
Kerana meyakini bahawa niat murni pasti akan diqisas bahagia
Tika itu aku melangkah tanpa sebarang rasa sangsi
Ikhlas mahu mencapai huluran jemari nan terlihat begitu suci
Tiada secubit pun menyimpan prasangka di dalam minda
Sejujurnya tidak ada walau sedetik syak atau wasangka
Sewaktu hampir menyentuh genggaman tangan
Sekonyongnya terjatuh aku tanpa dapat mengimbangi badan
Rupanya runtuh sudah tanah tempat berpijak
Dan di bawah sana bambu runcing berselerakan terpacak
Aku langsung tidak merasa pedih tika runcing bambu mengoyak daging
Kerana sayatan pada hatiku lebih sakarat deritanya berbanding yang lain
Tidak aku hiraukan rasa bisa dan darah yang terpercik merata
Kerana aku sibuk memikirkan jawapan untuk diriku yang berulangkali bertanya ... mengapa? ... mengapa? ... dan mengapa?
Tajam hujung runcing buluh tidak menjemput ajal pada zahimya
Tapi telah berkalang tanah aku dari sudut batinnya
Harus bagaimana lagi aku dapat menaruh kepercayaan kepada insan
Terutamanya bila ketahuan yang bibir manis juga sanggup melafazkan pembohongan
Nukilan: Si Takluk Jagat
08 Ogos 2019
No comments:
Post a Comment