Menu

Thursday, 12 September 2019

STJ2019_180 - SERUMPUN SENUSANTARA

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

No photo description available.

SERUMPUN SENUSANTARA


Kita sibuk menuding jari ke Timur Tengah
Bertanya mengapa Iran dan Iraq saling bermusuhan dan menumpahkan darah
Bersolat hajat mohon Yahudi berhenti menjajah Palestina
Memaki hamun di maya bila terdengar Urghuy dibantai soldadu China

Menjerit berpiket bila minoriti Kashmir berhadapan penghapusan etnik oleh tentera India
Meluap semangat bila menjaja kisah-kisah sedih di selatan Thailand dan Filipina
Ternyata benar sungguh kata bidalan orang-orang lama
Kita nampak kuman di seberang lautan tapi tidak nampak gajah di hadapan mata

Telitinya musuh kita merancang demi menidakkan Al-Quran yang mulia
Menikam jarum-jarum halus prasangka yang tak terlihat di mata
Agar kita saling membenci dan terusan bertelagah sesama sendiri
Bilakah gaya "pecah dan perintah" musuh ini baru akan kita sedari?

Sedangkan bukan sekadar rambut sama hitam dan berkulit sawo matang
Malah senada bunyinya dua kalimah syahadah yang kita lafazkan
Jangan sampai cacing sudah mengoyak retina baru kita tersedar
Jangan hingga berengga sudah menghurung mayat baru kita mahu menggelepar

Akuilah faktanya bahawa kita semua bersaudara
Yakinilah hakikat bahawa kita adalah seagama
Bila sebahagian mereka beranggapan bahawa harapan untuk penyatuan telah berkubur
Sesungguhnya jiwa kerdil ini tetap meyakini bahawa Islam akan kembali bangkit dari sebelah Timur

TAQBIR ... Allahu akbar!

Nukilan: Si Takluk Jagat
09 September 2019


2 comments:

  1. Keren. Tulisannya ngena bgt.

    Kalau berkenan mohon krisannya dong kak untuk tulisanku di  Cerita Alister N. Makasih 🙏🙏

    ReplyDelete
  2. Mkasih sob, tapi ... emang arti krisan itu apa ya? Maaf

    ReplyDelete