Menu

Thursday, 12 September 2019

STJ2019_181 - TEGANYA TAQDIR (Balasan Puisi Nur Asyifa)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

(Balasan Puisi Nur Asyifa)

Image may contain: text


TERHIANATI


Telah kulalui jalan yang terjal
Kudaki gunung yang tinggi
Ku sebrangi lautan yang luas
Namun tiada jua kutemui
Kekasih hati hilang tiada rimba
Ku terhempas di kerinduan
Kemana lagi kan kucari
Kekasih hati belahan jiwa
Pada rembulan kubertanya
Pada bintang ku tanyakan
Semua hanya menunduk sedih
Wahai kau pujaan hatiku
Takkah kau sadari betapa ku merindu
Tetesan air hujan
Tak lagi sejukkan hati
Kasihku yang hilang
Tega nian perasaan
Menangisku bersimpuh
Tiada kuasa menahan rindu
Hadirmu selalu ku tunggu
Agar bersemi cinta yang telah layu
Terhempasku di pusaramu
Airmata menetes pilu

09/09/19
JKT
Untukmu Insan yang kutuju

TEGANYA TAQDIR


(Balasan Puisi Nur Asyifa)


Tiada ranah bumi yang belum pernah aku jelajahi
Tiap jengkal samudera telah juga aku renangi
Ke pelusuk manakah lagi diri ini hendak mengadu
Mencari gerangan siapakah yang sudi menjawab tanyaku

Rembulan cuma mengintip dari sebalik kepulan awan
Gemintang pula berkerdip nun di riuh tujahan hujan
Semuanya membatu, tiada sesiapa mahu bersuara
Masing-masing membisu, hanya berdiam seribu bahasa

Terpacak sepasang nisan menjadi tanda sebuah pusara
Terbaring sekujur insan tiada lagi kunjung bernyawa
Hanya kain kafan putih buat membungkus aurat
Terbujur jasad kaku sendirian di liang lahad

Tinggallah kekasih tinggallah wahai kelana
Pedihnya bagaikan hilang jiwa dan dicabut nyawa
Bukan kepalang hebatnya taqdir yang datang menguji
Memutus janji yang dipatri sehidup semati

Bertekuk lutut di gundahnya tanya
Mengapakah taqdir sedemikian tega?
Namun iman di hati kuat meyakini
Esok pagi fajar pasti kan terbit lagi

Nukilan: Si Takluk Jagat
09 September 2019

No comments:

Post a Comment