FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
PERCAYALAH JUWITAKU
Siapa sangka ...
Di sebalik malu tutur kata itu tersembunyi seketul hati yang tulus suci
Dan tersimpan di balik lembut tatap netra itu bara cinta yang kuat membara
Datanglah ribut ... datang kabut
Di bibir itu akan senantiasa terlukis senyuman termanis
Juwitaku ... percayakah kamu jika aku katakan
Pertemuan kita ini bukanlah hanya sekadar suatu kebetulan
Tapi segala yang berlaku adalah seiring ketetapan dan ketentuanNya
Qada' dari Qadar yang telah dicoretkanNya sejak sekian lama
Aku meyakini bahawa hidup dan mati itu adalah sebahagian dari rahsia besar
Dari sekelian banyaknya rahsia-rahsia yang belum terbongkar
Tapi tiadalah sejauh itu aku bermunajat untuk di berikan ilham
Cukup sekadar jawapan kepada beberapa persoalan yang sering bermain di fikiran
Mengapa hanya namamu yang sering disabda oleh gema degup jantung
Mengapa pula hanya manis senyummu yang selalu hadir berkunjung
Telah tertuliskah bahawa kamu taqdirNya untuk diriku ini
Kelembutanmukah yang dapat mententeramkan galaunya hati yang sedang sepi
Jika benarlah begitu, izinkan aku pimpin tanganmu juwitaku
Semoga kamu tetap kekal jadi anggerik kesayanganku
Percayalah, diri ini akan selalu setia menemani
Di dalam kelam malam mahu pun di bawah terik mentari
Biar waktu terasa mati dan putaran bumi jadi berhenti
... raut wajahmu dik akan senantiasa mendamaikan hati
Nukilan: Si Takluk Jagat
26 September 2019
No comments:
Post a Comment