Menu

Sunday, 13 October 2019

STJ2019_193 - HUJAN DALAM DEFINISI DIARI RINDU

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: text

HUJAN DALAM DEFINISI DIARI RINDU


Terdengar bunyi rintik hujan menimpa daun jendela
Mencipta irama tak bernota mengiringi petik dawai harpa
Berkolaborasi menjadi satu rentak yang sungguh mengasyikkan
Bergabung dengan imajinasi lalu menghasilkan nada yang menggamit kenangan silam

Lantas satu per satu bayangan kembali jelas terhidang
Seperti menyelak helaian demi helaian lembaran diari usang
Dan segala yang pernah tertulis di situ kini menjelma nyata
Di mana aku adalah satu dari watak utama dalam ceriteranya

Perlahan melangkah datang sesosok wajah dari kelam suasana
Berserta senyum termanis nan tak lekang dari sepasang bibir indahnya
Itulah watak keduanya yang pernah menghiasi hari-hari bahagiaku
Bidadari kurniaan dari Yang Maha Kuasa buat penyempurna hidupku

Kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan dengan lukisan
Keindahan yang tidak mampu dihuraikan dengan penulisan
Di hadapannya aku bagaikan pelukis yang tiada tahu apa-apa
Kerana keanggunannya tidak boleh dilukis di atas helaian kanvas yang biasa

Hangat airmata menyedarkan aku yang hujan telah pun berhenti
Spontan jemari cuba menyelak lagi halaman dari jilid diari hati
Tapi ternyata lembaran selanjutnya hingga helaian terakhir tiada tercoret sebarang aksara
Hanya kosong ... sekosong hati kelana ini yang tiada lagi mendambakan cinta

Nukilan: Si Takluk Jagat
11 Oktober 2019

No comments:

Post a Comment