FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
PAWANA RINDU
PAWANA RINDU
Penaku ketirisan tinta
Kalamku kehabisan bicara
Haruskah aku terus merangkai kata
Atau cuma berdiam tanpa bersuara
Wahai laut ...
Izinkan aku mencedok sedikit air dari kolammu
Untuk menggantikan tugas tinta emasku
Biar ku lengkapkan bait-bait akhir puisi
Dan menulis puji-pujian untuk Kekasih hati
Meskipun warnanya kan nampak berbeda
Yang penting rasa itu akan sampai padaNya
Aku cuma mahu Dia berpaling sebentar padaku
Moga kan menghembus kembali pawana rindu
Aku terjaga dalam ruang kegelapan
Leka diulit mimpi yang mempesonakan
Kalau syaitan sangka dia telah berjaya menggoda
Kesilapan serupa dilakukannya sewaktu dia diusir dari Syurga
Inilah duniaku
Mohon jangan diganggu
Aku cuma mahu bersyair dan berpuisi
Buat melayan cinta yang bergolak di hati
Dan buat membujuk rindu yang berteriak di qalbi
Nukilan: Si Takluk Jagat
19 Oktober 2018

No comments:
Post a Comment