FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
LEPASKAN DIA PERGI
Adikku ...
Semilir bayu Selat Melaka datang membisikkan
Akan keluh kesahmu yang jelas kedengaran
Menceritakan rawannya hati si gadis jelita
Mengharapkan cinta yang tak kunjung tiba
Kau tuliskan lagu jiwamu di pucuk janur yang melambai
Membasahi sejadahmu dengan airmata qiamulail
Ketika menangis dan meratap di sepertiga malam
Memohon agar cintaku datang bertandang
Telah aku kiaskan di bait puisi
Aku hadirkan juga di dalam mimpi
Musafirmu ini memilih untuk hidup bersendirian
Kerana mahu meratapi rindu yang berpanjangan
Bagaimana dapat ku tawarkan hatiku lagi
Kerana cintaku telah lama dibawa pergi
Kekasih hatiku tidak mahu melepaskannya
Sebagai bukti cinta sucinya tika berdepan Sang Pencipta
Andai kamu sayang padaku lepaskanlah dia pergi
Biar pun tersiksa buanglah rindu itu dari hati
Daun cinta ini yang telah dia sematkan di qalbuku
Semakin hari semakin segar, takkan pernah melayu
Nukilan: Si Takluk Jagat
21 Oktober 2018
No comments:
Post a Comment