KAMU YANG PALING ISTIMEWA
Angin ...
Pagi ini kamu datang menyapa
Membawa kantung rindu dan bejana cinta
Membuat hati elang ini tersentuh
Dan belati di dadaku rasa merapuh
Kamu nyanyikan sendaloka rasa
Kamu tarikan irama asmaradana
Hibanya simfoni yang kamu dendangkan
Bak melodi dari serunai sang dewi kayangan
Panahan arjunamu tepat menghujam ke hati
Bidikan ikhlas dari nurani seorang bidadari
Aku tahu aku tidak pernah salah memilih
Bila melihat derasnya airmatamu mengalir
Angin ...
Sekalah cecair dari netramu
Ketahuilah, aku juga terlalu merindu
Namamu akan kekal terpahat di dada
Kerana di hatiku kamulah insan paling istimewa
Nukilan: Si Takluk Jagat
20 Disember 2018

No comments:
Post a Comment