FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
MATA AIR ABADI (1)
MATA AIR ABADI (1)
Puteri ...
Jujur, aku tidak memerlukan balasan cinta darimu
Kerana rindu yang aku bawa ini telah memenuhi seluruh ruang di hatiku
Cukuplah andai kamu sudi menemaniku di perjalanan
Kerana dengan adanya kamu di sisi, aku dapat merasakan rama-ramaku hadir berterbangan
Aku tidak tahu mengapa boleh terjadi sebegitu
Mungkin sang rama-ramaku berasa cemburu ... atau mungkin juga sedang memberi restu
Cemburu kerana melihat keanggunanmu yang sungguh luarbiasa
Atau memberi restu ... kerana dia tak mahu aku terus menantinya yang telah pun pergi bertemu Sang Pencipta
Dengarkan bunyi kibasan sayap rama-ramaku itu wahai Sang Puteri
Tidakkah bunyinya seperti rama-ramaku sedang berpuisi?
Harus bagaimana aku boleh mendambakan cintamu lagi wahai Si Darah Biru?
Kalau tiap waktu aku hanya asyik mendengarkan nyanyian rama-ramaku
Tapi tetaplah menemani aku wahai Sang Puteri
Aku dalam kembara mencari Mata Air Abadi
Sambil itu aku mahu menulis syair-syairku di pasir dan di batu
Biar seisi dunia tahu ... sebesar mana rasa rinduku pada sang rama-ramaku
Nukilan: Si Takluk Jagat
06 Disember 2018
No comments:
Post a Comment