FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
PUNCAK DEFINISI SEMPURNA
PUNCAK DEFINISI SEMPURNA
Aku menatap Sang Puteri yang sedang lena beradu
Dalam remang cahaya purnama terlihat jelas raut wajahnya yang ayu
Seharian dalam perjalanan ... pasti kamu keletihan
Kehausan dan kelaparan ... sedikit pun tidak kamu endahkan
Puteri ...
Kamu tidak mengenaliku ... tapi kamu bertekad menemaniku
Kamu tinggalkan istanamu ... lalu ikut mengembara bersamaku
Kebahagiaankah ini ... atau taqdir masih mahu menguji?
Cintakah yang menyapa ini ... atau ini cuma mimpi ngeri?
Puteri ...
Pernahkah kamu berjumpa ... dermaga yang boleh menampung dunia?
Dan pernahkah kamu tersua ... si gila yang percaya mimpi boleh jadi nyata?
Aku suka mencabar yang mustahil
Dan aku mencari cinta memang untuk di kecewa
Kerana andainya aku dapat menjadikan mimpi itu satu realiti
Aku akan menjadi orang yang paling bahagia ... pasti
... dan jika aku tidak dikecewakan cinta
Sudah tentu aku akan dapat merasa ... apa itu yang digelar puncak definisi sempurna
Nukilan: Si Takluk Jagat
05 Disember 2018
No comments:
Post a Comment