FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
MEKARNYA SAKURA
Di mana kamu dik?
Lama sudah aku menunggu kamu datang
Cepatlah dik ...
Aku bimbang nanti kita akan dicemburui petang
Lihat itu dik ...
Indahnya bunga sakura yang bermekaran
Ayuh duduk di bangku itu dik ...
Biar kita dihujani kuntumannya yang jatuh bergentayangan
Lembutnya warna merah jambu itu dik ...
Selembut intonasi suaramu yang bak sutera
Sungguh harum aroma kelopaknya dik ...
Seharum parfummu yang selalu hadir menggoda
Setiap tahun sakura itu akan selalu begitu dik
Berkudup, berputik hingga akhirnya menguntum bunga
Dan setiap itu juga aku akan menanti di bangku itu dik
Kerana akan terbayang senyumanmu di setiap kudup itu memekar kelopaknya
Ayuh dik ...
Kali ini mari temani aku memerhatikan sakura itu
Mahu tahu kenapa dik? ...
Kerana aku tidak perlu membayangkan kamu lagi dan bisa langsung melihat senyum di wajahmu
Nukilan: Si Takluk Jagat
02 Mac 2019
No comments:
Post a Comment