FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
AMUK RINDU
Gelombang rindu ini kembali meriak
Membentur pusaran yang tidak terlihat di mata
Di manakah penghujungnya
Entahlah ... biarlah ia terus menjadi rahsia
Amuk rindu ini kian memuncak
Kuat mengetuk pintu hati yang terlena
Mampukah aku bertahan
Tiada siapa dapat memberikan jawapan
Siksakah ini atau bahagia
Aku sendiri pun tidak pasti
Andai derita mengapa aku masih tertawa
Kalau bahagia mengapa airmata ini tidak mahu berhenti
Biduk ini belayar semakin jauh
Tanpa kelasi hanya nakhoda yang mengendalikannya
Di negeri manakah ia bakal berlabuh
Mungkin cuma naluri si camar yang dapat meneka
Biarlah ... biarlah ia terus membara
Sabarlah ... sabarlah wahai si pengembara setia
Jangan dipeduli lagi apa yang bakal mendatang
Bujur lalu melintang patah ... pantang mundur dalam berjuang
Nukilan: Si Takluk Jagat
10 Jun 2018
No comments:
Post a Comment