Menu

Monday, 29 July 2019

STJ2019_152 - RAHSIA SAKURA

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: flower and text

RAHSIA SAKURA



Terlihat redup pohonan sakura 
Diiringi wangi kuntum yang bersemi

Menyandarkan kepala di celah dahannya
Buat menghilang lelahnya diri

Sungguh nyaman sungguh selesa 
Hingga terlena dielus bayu
Mimpi berterbangan sang rama-rama
Dalam pesona kelopak yang gugur

Sedang asyik melayan bahagia
Hari yang cerah bertukar kelam
Merasa sakura kuat debarnya
Memaksa buka mata yang pejam

Ada apa wahai sakura?
Adakah tidurku mengganggu lenamu?
Ataukah ada sebarang rahsia
Yang jadi topeng pada wujudmu

Janganlah bimbang janganlah gusar
Aku cuma menumpang teduh
Setelah badan kembali segar
Kan ku teruskan kembara nan jauh

... moga semua ini suatu hari nanti akan jadi kenangan yang manis

Nukilan: Si Takluk Jagat
07 Julai 2019


No comments:

Post a Comment