Menu

Wednesday, 19 February 2020

STJ2020_005 - TANGIS WUHAN DI TAHUN BARU

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: one or more people and text

TANGIS WUHAN DI TAHUN BARU


Dosa apakah yang telah kalian lakukan wahai Wuhan
Menggunungkah salahmu hingga tidak layak lagi menerima keampunan
Menangislah walau itu tiada akan mengubah apa-apa
Hari ini dihantarkan padamu derita, didatangkan padamu sengsara

Corona ... wujud yang tidak terlihat di pandang mata
Tiada juga suara nan terdengar di gegendang telinga
Hadirnya digayuti hamis kematian
Perginya pasti diiringi tangis kesedihan

Lihatlah tentang perlunya kita untuk mempunyai agama
Meyakini betapa pentingnya ada aturan dan seumpamanya
Biar selalu ada batasan untuk yang halal dan yang haram
Sebagai garis panduan dalam kita melata meneroka alam

Sedarlah bahawa tiada nikmat yang hakiki di dunia yang fana ini
Memadailah sekadar apa yang diizinkanNya untuk kita nikmati
Berpada-padalah bagi menjaga keseimbangan di dalam proses kitaran mayapada
Kerana banyak sekali kemusnahan berpunca dari tangan-tangan kita sendiri sebenarnya

Pujangga bersyair tentang sombongnya Abrahah dan tentera bergajah
Lalu dihantar gerombolan ababil terbang membawa musibah
Sedangkan kuasa alam pun tiada mampu kita melawan
Takkan sanggup juga kita mahu menghadapi bala dari Tuhan

"Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat" ~ Surat Al-Fil Ayat 5

Nukilan: Si Takluk Jagat
25 Januari 2020


No comments:

Post a Comment