Menu

Thursday, 12 September 2019

STJ2019_181 - TEGANYA TAQDIR (Balasan Puisi Nur Asyifa)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

(Balasan Puisi Nur Asyifa)

Image may contain: text


TERHIANATI


Telah kulalui jalan yang terjal
Kudaki gunung yang tinggi
Ku sebrangi lautan yang luas
Namun tiada jua kutemui
Kekasih hati hilang tiada rimba
Ku terhempas di kerinduan
Kemana lagi kan kucari
Kekasih hati belahan jiwa
Pada rembulan kubertanya
Pada bintang ku tanyakan
Semua hanya menunduk sedih
Wahai kau pujaan hatiku
Takkah kau sadari betapa ku merindu
Tetesan air hujan
Tak lagi sejukkan hati
Kasihku yang hilang
Tega nian perasaan
Menangisku bersimpuh
Tiada kuasa menahan rindu
Hadirmu selalu ku tunggu
Agar bersemi cinta yang telah layu
Terhempasku di pusaramu
Airmata menetes pilu

09/09/19
JKT
Untukmu Insan yang kutuju

TEGANYA TAQDIR


(Balasan Puisi Nur Asyifa)


Tiada ranah bumi yang belum pernah aku jelajahi
Tiap jengkal samudera telah juga aku renangi
Ke pelusuk manakah lagi diri ini hendak mengadu
Mencari gerangan siapakah yang sudi menjawab tanyaku

Rembulan cuma mengintip dari sebalik kepulan awan
Gemintang pula berkerdip nun di riuh tujahan hujan
Semuanya membatu, tiada sesiapa mahu bersuara
Masing-masing membisu, hanya berdiam seribu bahasa

Terpacak sepasang nisan menjadi tanda sebuah pusara
Terbaring sekujur insan tiada lagi kunjung bernyawa
Hanya kain kafan putih buat membungkus aurat
Terbujur jasad kaku sendirian di liang lahad

Tinggallah kekasih tinggallah wahai kelana
Pedihnya bagaikan hilang jiwa dan dicabut nyawa
Bukan kepalang hebatnya taqdir yang datang menguji
Memutus janji yang dipatri sehidup semati

Bertekuk lutut di gundahnya tanya
Mengapakah taqdir sedemikian tega?
Namun iman di hati kuat meyakini
Esok pagi fajar pasti kan terbit lagi

Nukilan: Si Takluk Jagat
09 September 2019

STJ2019_180 - SERUMPUN SENUSANTARA

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

No photo description available.

SERUMPUN SENUSANTARA


Kita sibuk menuding jari ke Timur Tengah
Bertanya mengapa Iran dan Iraq saling bermusuhan dan menumpahkan darah
Bersolat hajat mohon Yahudi berhenti menjajah Palestina
Memaki hamun di maya bila terdengar Urghuy dibantai soldadu China

Menjerit berpiket bila minoriti Kashmir berhadapan penghapusan etnik oleh tentera India
Meluap semangat bila menjaja kisah-kisah sedih di selatan Thailand dan Filipina
Ternyata benar sungguh kata bidalan orang-orang lama
Kita nampak kuman di seberang lautan tapi tidak nampak gajah di hadapan mata

Telitinya musuh kita merancang demi menidakkan Al-Quran yang mulia
Menikam jarum-jarum halus prasangka yang tak terlihat di mata
Agar kita saling membenci dan terusan bertelagah sesama sendiri
Bilakah gaya "pecah dan perintah" musuh ini baru akan kita sedari?

Sedangkan bukan sekadar rambut sama hitam dan berkulit sawo matang
Malah senada bunyinya dua kalimah syahadah yang kita lafazkan
Jangan sampai cacing sudah mengoyak retina baru kita tersedar
Jangan hingga berengga sudah menghurung mayat baru kita mahu menggelepar

Akuilah faktanya bahawa kita semua bersaudara
Yakinilah hakikat bahawa kita adalah seagama
Bila sebahagian mereka beranggapan bahawa harapan untuk penyatuan telah berkubur
Sesungguhnya jiwa kerdil ini tetap meyakini bahawa Islam akan kembali bangkit dari sebelah Timur

TAQBIR ... Allahu akbar!

Nukilan: Si Takluk Jagat
09 September 2019


STJ2019_179 - SOAL HATI (Balasan Puisi Jiya Ashma)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

(Balasan Puisi Jiya Ashma)

Image may contain: 1 person

ADA APA DENGAN HATIKU


Yeh subah ki ashma ( pada langit subuh )

Sederet biru menarikan putih lengan pagi

Oh Tuan
Musim tak kemas
Memprovokasi detak tak pasti

Di batas bibirmu
Hanjuang tanya
Apa yang kau lakukan pada hatiku
Semenjak netra ini bertemumu
Aku tak tahu lagi bunyi detak jantung itu bagaimana

Secarik rindu yang telah kautoreh di helai asa
Pun daku kalah

Oh Tuhan,
Kya hua to mera dil ( ada apa dengan hatiku )
Kya yeh ehsasehe ( perasaan apakah ini )
Hatiku merontakan sesuatu yang tak biasa

Di perapian sunyi ini
Hanya gemericik api yang menjawab sepi

Daku memeluk diri
Dalam sebuah perasaan yang salah
Bergetar di jantung yang tak rebah

Jiya zaara ashma
Taman hati:05-09-2019


SOAL HATI

(Balasan Puisi Jiya Ashma)


Puan ...
Bersyukurlah walaupun bunyi detak jantung itu tidak lagi kamu ketahui
Itu lebih baik berbanding aku yang masih menanti bilakah jantungku ini akan berdetak kembali
Semenjak netra kita saling bertatapan
Tiada mimpiku yang tanpa adanya watakmu puan
Hingga kadang buat aku tertanya-tanya
Bibirkah yang bersalah tersenyum
Ataupun nakal kerling mata yang menggamit cinta

Benar belaka ucapanmu puan
Meronta diri dibuai satu perasaan yang luarbiasa
Setelah ku tapis dan aku perhalusi
Ternyata amat besar jurangnya antara cinta dan sayang
Dan terlalu tipis pula bedanya qisas dan karma
Tiada apa yang salah pada hati kita
Cuma di kala amuk rindu melahap keegoan
Hanya gemercik api yang menjawab sepi

Bangku sunyi ini masih utuh puan
Dan aku sendirian duduk di sini menghayati indahnya senja nan sedang temaram
Tapi bersendiri tidak mengapa
Biar aku habiskan saki baki waktu yang ada untuk mengimbas kembali memori lama

Nukilan: Si Takluk Jagat
07 September 2019

STJ2019_178-1 SELAMAT HARI KEBANGSAAN 31 OGOS 2019 DAN MAAL HIJRAH

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: text

Selamat menyambut hari kebangsaan yg ke 62 buat teman" dari Malaysia dan Salam Maal Hijrah buat semua saudara/saudari seagama ...


STJ2019_178 - NYANYIAN LAUT

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: one or more people, ocean, wedding and text

NYANYIAN LAUT


Laut ...
Sungguh irama debur gelombangmu mengundang damai
Sewaktu gemalai ombakmu menyentuh gigian pantai
Bebuih putih melungsur melepaskan rindu pada bebatuan yang setia
Menghantar dingin kepada butiran pasir yang seharian berlengging di bawah terik cahaya sang suria

Bayu nan cemburu berdesir halus mencumbui dedaunan
Bangkit ghairah jemari reranting lalu ikut menarikan rentak alam
Menggamit langit biru untuk turut serta berpartisipasi
Awan pun berjingkit datang sambil menjeling-jeling malu pada mentari

Ada keruh pada riak air yang mengalir tenang
Petanda geruh pada pasangan belangkas yang tidak pernah berenggang
Riuh pekik si camar yang ternampak kapal mulai mudik dari kejauhan
Terbayang selesanya bertenggek kaki di tiang layar buat menghilangkan kelelahan

Pejamkan mata dan dengarkan dengan hati
Kombinasi dari segala bunyian itu akan tergabung menjadi satu bentuk seni
Setiap satu akan saling melengkapi yang lainnya
Subhanallah ... alangkah teliti dan sempurnanya kerja Sang Pencipta

Terima kasih laut, bayu dan juga alam semesta ... keindahan dan kidungmu selalu jadi santapan nafsu mata serta pemuas halwa telinga

Nukilan: Si Takluk Jagat
31 Ogos 2019


STJ2019_177 - AKU MILIKMU (Untuk Adikku Lethy Nishabela)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: 1 person, text and close-up

AKU MILIKMU

(Untuk Adikku Lethy Nishabela)

** dengan doa, "moga kamu ketemu cinta sejatimu dd"

Semakin kerap kidung rindu ini menggetar jiwa
Dan kian kuat irama sayu itu menampar dada
Ratusan batu jauhnya kita berjarak
Tatap kita hingga dibatasi riuh laut dan ombak

Ajarkan aku Tuan bagaimana kamu menahan diri
Pedihnya rasa ini bagai sedang merobek hati
Hebatnya bahang kasih yang telah kamu cipta
Menggelepar aku seperti berbaring di atas bara

Siksanya nurani yang membadai berterusan
Adakah kamu di sana juga merasakannya Tuan
Sentuh jemariku dan rangkullah aku dalam pelukan
Aku mahu terlena di hangatnya dakapan

Tuan ... terlalu aku dambakan temu
Untuk itu, haruskah aku merayu?
Waktu itu nanti aku tidak akan malu-malu untuk merenung matamu
Tanpa ada jemu ... buat melempiaskan rindu

Tuhan ... seikhlas hati aku bertanya
Adakah di kitab taqdirMu telah tertulis aku miliknya
Biar aku jadi makmumnya yang akan setia hingga ke hujung nyawa
Dan akulah ketua bidadarinya ketika kami bersemayam di singgahsana syurga

Nukilan: Si Takluk Jagat
19 Ogos 2019


STJ2019_176 - SYAIR RUBA'I ~ SYURGA BUKAN UNTUK MEREKA (Balasan Puisi Firda Mansyah Firda Mansyah Serpihan Lara)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

(Balasan Puisi Firda Mansyah Firda Mansyah Serpihan Lara)

Image may contain: 1 person, text

Judul: SEMBILU

Tema: Fitnah
Titimangsa: 18-8-2019

_,_,,,,,,,,,,,,,_____ SEMBILU ______,,,,,,,,,,,,__,_



Tersirat fitnah
Di ujung kekata
Sejengkal lisan, mampu mengguris atma
Terejam sembilu ... berdarah
Dan terus bernanah
Melaungkankan hitam
Menindih sang putih
Hingga diktat tertoreh noda
Berkarat ...
Membakar angkara
Mengunyah fakta.



SYAIR RUBA'I ~ SYURGA BUKAN UNTUK MEREKA

(Balasan Puisi Firda Mansyah Firda Mansyah Serpihan Lara)


Aksara
Hujam tinta
Nukilan bebola mata pena
Dari sang perangkai kekata

Goresan tanpa etika
Berkuburnya filosofi estestika
Karya yang tak bernyawa
Pengabaian sensoris sentimen dan rasa

Memperlekeh nilai-nilai sastra
Tiada rasa berdosa
Hitamnya hati manusia
Hanyirnya nista

Bersabarlah pujangga
Yang haq tetap berkuasa
Yang bathil pastikan binasa
Itu qisasnya dunia

... dan syurga juga bukan untuk orang seperti mereka
Nukilan: Si Takluk Jagat
19 Ogos 2019

STJ2019_175 - SANG SAKO BANGSO (Nukilan Khas Untuk Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: text

SANG SAKO BANGSO

(Nukilan Khas Untuk Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)


Kenapo lambek amek jarum jam tu berkalih
Tigo saat sekali ko baru dio nak berdotak
Tak sabar ghaso 'e ese nunggu tigo tahun lobih laie
Tapi tak apo ... pojam colik, pojam colik akan sampailah hari yang dinanti-nanti

Koghih dokek Sang Sako Bangso tu dah lamo siap bermandi an limau nipih
Berdongung mato 'e tiap kali terkono lenggok asap kemonyan
Ontah sampai bilo la ese dapek menjinak an warisan tuk nenek ese ni
Sobab makin kuek ghonto 'e maso nak masuk an balik dalam sarung sonjo tadi

Sekarang seribu kali 'Laa ila haa illallah' jadi amalan tetiap malam
Siang pulak selawat nabi tu memang tak putuih ese baco
Jangan kato taiko nago tanah bosa nak datang melibeh
Gunung Angsi pun kok berani melinteh memang jadi ghato ese tobeh

Moh la ambik wudhu' waghih, beghosih an la diri jang
Lughuih an saf dokek belakang, biar ese jadi imam
Kogheh an sikit suaro tu bilo mengamin an surah Al-Fatihah yang ese baco
Biar kocut tolo musuh tu bilo donga gemuruh 'e amin kito

Ini tanah tumpah darah kito sedaro
Orang dedulu koba an biar putih tulang jangan putih mato
Nenek moyang kito lukuih bermandi darah nak mempertahankan
Sekarang ni sampai maso untuk kito pulak
Jangan nanti tanah dah tingga segonggam kito masih laie leko bersorak

Nukilan: Si Takluk Jagat
18 Ogos 2019


STJ2019_174-1 HUT RI 74


Image may contain: text

HUT RI 74

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 74 buat seluruh teman"ku warga Indonesia ... Syukur Alhamdulillah, indahnya hidup dalam negara merdeka


STJ2019_174 - RAHSIA MASA SANG MAHA PENCINTA

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: text

RAHSIA MASA SANG MAHA PENCINTA


Cuba sedaya upaya menyeka airmata yang berkeras mahu menerjah keluar
Sambil lengan memangku jasad yang bergelimpangan kaku terkapar
Tiada lagi hangat tubuh seperti kelmarin dulu
Hilang sudah senyum manja dan raut wajah nan ayu

Telah membeku darah di sepanjang lajur urat nadi
Tanpa memberi salam Izrail pun melangkah dan berlalu pergi
Meninggalkannya yang terkulai lemah dalam kemas rangkulan lengan
Punah istana ranap runtuh bersama segala impian

Tersengguk adalah bahasa tubuh bagai pembias rasa
Aras penanda bahawa bulir air itu tak dapat lagi diseka
Mencurah laju menuruni pipi dalam pandang mata berkunang
Dan di luar sana menderu turun hujan diiringi badai yang bertiup kencang

Tiada aksara yang mampu mewakili betapa mendongkolnya qalbu
Teganya taqdir telah dipahat sebegini pilu
Timbul pertanyaan mengasak-asak di benak fikiran
Tabahkah aku menjalani hari mendatang dengan memori yang jelas terpajang dalam ingatan

Ternyata kita tak bisa menyingkap rahsia masa Sang Maha Pencinta
Sesungguhnya aku bersaksi bahawa perancanganNya sangatlah sempurna
Setelah puluhan purnama berasa derita dijerut tali yang erat mencengkam
Kini bertandang pula bahagia ketika melayani hati yang kuat merindu dendam

Nukilan: Si Takluk Jagat
16 Ogos 2019


STJ2019_173 - MEMORI SENJA KELANA

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: one or more people, text and close-up

MEMORI SENJA KELANA



Lihatlah itu, bila cahaya tembaga mulai menghitam
Siang yang kepenatan merebahkan tubuh di dalam dakap kusamnya malam
Langsung tidak menghiraukan si kelana yang sedang bungkam hatinya
Mengesali indahnya jingga hanyalah sementara ... cuma sementara!

Janganlah kelana ... jangan lagi bermuram durja
Berehatlah agar tubuhmu jadi segar dan bertenaga
Esok senja yang sama akan kembali bertandang dan perlahan temaram
Hayatilah indahnya lagi sebelum ianya juga sepenuhnya terbenam

Renunglah, tenunglah sebelum nabastala dirangkul kelam
Puncak pesonanya kala tari dedaunan telah nampak berbalam
Waktu itu pejamkanlah kelopak matamu pula wahai kelana
Dan bayangkan netra sayu itu yang pernah hadir menjinjing cinta

Dahulu berdua merenung dan mengagumi lukisan senja
Kuatnya debar hati bila sesekali tatap mata saling bersua
Bijaknya kamu melarikan lirih itu sambil berpura-pura bergurindam
Tak berkelip merenung swastamita yang semakin lama semakin legam

Mana mungkin dapat kamu sembunyikan rasa itu yang bergayutan rindu dendam
Terlihat di redup anak matamu ketika memandang bebola api yang sedang tenggelam
Subhanallah ... jauhnya aku hanyut dipermainkan minda
Rupanya senja nian jingga telah lama lena di dada gelita

Nukilan: Si Takluk Jagat
16 Ogos 2019

STJ2019_172 - REMBANG SANG SENJA JINGGA

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: text

REMBANG SANG SENJA JINGGA


Dari kejauhan daunan bambu terlihat melambai
Menggoda menggamit kelana singgah untuk berteduh
Melengking cemburunya si murai betina
Ataukah bimbang sarangnya di perdu bambu akan tercarik jahitan

Bayu ... mengapa terdengar pilu sekali kamu berlagu
Bagai ciap anak angsa yang cemas kehilangan ibunda
Ke sana ke mari bertanya di manakah gerangan ibunya menghilang
Kasihan dia ... lentur pucuk jambu langsung tidak mahu menjawab pertanyaan

Si sepat gembira menyelinap di celah rumput dan lumut
Kerana tiba-tiba paras air mendadak tingginya
Sangkanya mudik bah dari sebelah hulu
Rupanya segerombolan kerbau pawah datang berkubang

Serba hijau, serba semulajadi dan serba alami
Selalu tenang, selalu riang dan selalu meruntun hati
Bahagianya Ya Allah, melihat temaram jingga di langit desa
Pasti nanti aku akan rindukan sawah, rindukan padi dan rindukan ini semua

Siang hanya tinggal sedikit berbaki
Batas sawah kian lama kelihatan kian samar
Namun daun bambu tetap setia melambai kelana pulang
Dan ibu murai masih bagai bertih berleter dalam rembang cahaya petang

Nukilan: Si Takluk Jagat
14 Ogos 2019


STJ2019_171-2 PLAGIAT

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: text

PLAGIAT
Aku coba menegurmu dengan cara baik bahawa plagiat karya orang lain itu adalah "totally" tidak beretika, tapi lantas aj aku di blokir
Aku bukan orangnya yang membikin sesuatu tanpa persediaan awal ... aku udah "screen shot" banyak hal" yg berkaitan ... klo aku terliat lagi kamu mengambil karya"ku tanpa ijin, aku tidak akan teragak" untuk posting tentangmu di berandahku ...
Bertaubatlah, sementara pintu taubat masih terbuka
Bagi para pengkarya, silah fikir"kan gelaran apa yg lebih sesuai untuk org" yg sebegini, bagiku gelaran "plagiat" itu terlalu indah kedengaran berbanding perbuatannya yang tiada beretika
** Maaf udah ngetag teman"ku (sekedar semampuku) penggiat syair dan puisi, yang aku hormati sekalian ... biar perkara sebegini tidak berlaku pada karya" kalian


STJ2019_171-1 Di ambang Aidil Adha

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: meme, text and outdoor

Di ambang Aidil Adha, saya Si Takluk Jagat ingin mengucapkan Minal 'aidil walfa idzin, mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan sesiapa ... semoga segala usaha dan pengorbanan kita mendapat redha Sang Illahi Rabbi ... Amiinnn Ya Rabb

STJ2019_171 - BERSEMILAH KEMBALI PURNAMA (Balasan Puisi Erminarahayu)

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

(Balasan Puisi Erminarahayu)

Image may contain: 1 person, text

RAIBNYA REMBULAN



Awan tebal mengulum rembulan
Tak kudengar lagi keluh kesahnya
Sebelum hanyut dilorong-lorong cakrawala
Anak-anak gemintangpun terbiar...
Dan terberai hingga menimbunku serupa jelaga nan menikam

Lalu merinai hangatkan kelopak netraku
Tanpa rupa muara yang pasti
Kemana kan mengalirkan segenggam tujuan
Lewati berkeloknya lembah dan ngarai
Yang slalu melabirinkan sepi diperaduan

Kuyu tatapku merujuk jejak...
Ke awan-awan yang kian raibkan rembulan
Akankah gundahku mampu mengakarkan harapan
Untuknya melepas rembulan hingga kembali bertahta di nabastala malam.

Kebumen,01Juni 2019
------•••••ðŸ’ŒðŸ’œðŸ’Œ•••••------


BERSEMILAH KEMBALI PURNAMA


(Balasan Puisi Erminarahayu)


Teramat gelap nabastala malam
Hanya kedengaran riuh teriakan anak-anak gemintang
Hiruk pikuk dalam pekat jelaga malam yang bungkam
Benarkah awan telah meraibkan rembulan?

Pujangga ...
Awan tebal tak mungkin sekeji itu
Tampaknya dia hanya mahu menguji kamu
Seperti memakaikan mihrab ke wajah pengantin perempuan
Adakah akan berkurang jelitanya si mempelai?

Tidak dik ... pesonanya tidak akan pernah sirna

Malah semua akan tertanya-tanya bagaimana ayukah wujud aslinya

Lihatlah di sana ...
Gerombolan awan hitam itu sedang berarak pergi
Sebentar lagi pasti sinar rembulan akan kembali bersemi
Alangkah indahnya nanti bila cahaya purnama mewarnai nabastala malam
Meskipun tak secerah baskara pagi yang menerangi sekelian alam

Ternyata gundah hatimu mengakarkan harapan
Dan kuyu tatapmu meleburkan sang awan
Moga perlahan-lahan kan hilang segala prasangka
Labirin sepi di peraduan akan bertukar bahagia
Sewaktu bibir indah itu kembali menjemput tawa
Pasti rinai hangat tiadakan lagi bermukim di pelupuk netra

Nukilan: Si Takluk Jagat
10 Ogos 2019


STJ2019_170 - SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI

FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT

Image may contain: text

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI


Memang sifatku
Terlalu mudah percaya
Hinggakan aku pernah berbuat silap dahulu
Kerana meyakini bahawa niat murni pasti akan diqisas bahagia

Tika itu aku melangkah tanpa sebarang rasa sangsi
Ikhlas mahu mencapai huluran jemari nan terlihat begitu suci
Tiada secubit pun menyimpan prasangka di dalam minda
Sejujurnya tidak ada walau sedetik syak atau wasangka

Sewaktu hampir menyentuh genggaman tangan
Sekonyongnya terjatuh aku tanpa dapat mengimbangi badan
Rupanya runtuh sudah tanah tempat berpijak
Dan di bawah sana bambu runcing berselerakan terpacak

Aku langsung tidak merasa pedih tika runcing bambu mengoyak daging
Kerana sayatan pada hatiku lebih sakarat deritanya berbanding yang lain
Tidak aku hiraukan rasa bisa dan darah yang terpercik merata
Kerana aku sibuk memikirkan jawapan untuk diriku yang berulangkali bertanya ... mengapa? ... mengapa? ... dan mengapa?

Tajam hujung runcing buluh tidak menjemput ajal pada zahimya
Tapi telah berkalang tanah aku dari sudut batinnya
Harus bagaimana lagi aku dapat menaruh kepercayaan kepada insan
Terutamanya bila ketahuan yang bibir manis juga sanggup melafazkan pembohongan

Nukilan: Si Takluk Jagat
08 Ogos 2019