FENOMENA PUISI SI TAKLUK JAGAT
NYANYIAN PUNGGUK DAN MIMPI KELANA
Aku bertanyakan pungguk yang sedang menyanyi
Seberapa kuatkah dia tahan merindui
Tapi pungguk langsung tidak memperdulikan
Dia terusan merayu rembulan yang mengambang
Si Pungguk tidak memandang dari yang selainnya
Dalam renungannya cuma ada sosok Sang Purnama
Tiada wajah lain boleh menyusup ke dalam hati
Kerana cahaya purnama telah sarat memenuhi
Aku mengejutkan Kelana yang sedang bermimpi
Kerana aku melihat dia asyik tersenyum sendiri
Aku bertanya bolehkah aku menjenguk ke dalam mimpinya?
Tapi dia tidak mengizinkan ... bilangnya bidadarinya tiada bercelana
Lalu dia kembali berbaring dan terus melelapkan mata
Aduhhh ... kini Sang Kelana bukan lagi tersenyum sendiri, malah tertawa gembira
Begitu cinta membuai rasa ... bara rindu semakin nyata
Terima kasih Ya Allah ... yang menganugerahkan rasa cinta itu
Warisan dari Adam dan Hawa ... bapa dan ibuku
Nukilan: Si Takluk Jagat
31 Disember 2018
#STJ2018_194